Kempen

Kempen Semasa

kempen kembali ke sekolah

Program Kembali ke Sekolah 2026

Melangkah Dengan Penuh Keyakinan & Harapan

▪ Latar Belakang

Menjelang permulaan sesi persekolahan baharu, ramai ibu bapa dan penjaga daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah, asnaf serta penjaga anak yatim berhadapan beban kewangan yang besar untuk menyediakan kelengkapan asas sekolah kepada anak-anak mereka.

Ketiadaan pakaian sekolah yang lengkap dan kemas boleh:
– Mengurangkan keyakinan diri pelajar.
– Menyebabkan rasa terasing dan rendah diri dalam kalangan rakan sebaya.
– Mengurangkan semangat ke sekolah serta menjejaskan prestasi akademik dan sahsiah.

Selaras dengan fokus Yayasan BHR dalam bidang Pendidikan, Transformasi dan Pemberdayaan Sosial, program “Kembali ke Sekolah 2026” dirangka bagi memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan dengan lebih teratur, selesa dan bermaruah.

▪ Objektif Program

  • Mengurangkan beban kewangan keluarga

  • Meningkatkan keyakinan pelajar

  • Menyemai budaya prihatin & gotong-royong

▪ Sasaran

  • 150 pelajar sekolah rendah

  • Golongan B40, asnaf & anak yatim

▪ Bentuk Bantuan

  • Pakaian sekolah (lelaki & perempuan)

  • Kasut dan stokin

  • Beg sekolah

▪ Butiran Pelaksanaan

  • Tarikh: 27 Disember 2025

  • Tempat: Pusat Pakaian Hari-Hari, Shah Alam

Dana Terkumpul

RM 2000.00

Dana Diperlukan

RM32,495.00

Tarikh Tamat

27/12/2025

Dana Terkumpul
6%

Akan Datang

Setiap sumbangan anda memberi sinar baru kepada masa depan mereka

Scroll to Top